gelatin
merupakan bahan yang sering digunakan dalam penghasilan sesuatu produk
makanan atau perubatan. Gelatin diperolehi dari tulang,otot dan tisu
haiwan. Tahu atau tidak tubuh anggota kita (manusia) juga terdiri dari
gelatin.
Sumber-sumber Gelatin
seperti yang kita ketahui gelatin diperolehi dari tulang,otot dan tisu @ kulit haiwan.
Terdapat 4 jenis kategori sumber gelatin iaitu Porcine (babi), Bovine (lembu / kerbau),
Poultry
(ayam), dan Marine (ikan). kebanyakkan gelatin digunakan dalam
kehidupan harian kita tanpa kita sedari. Malah apa yang ditakutkan lagi
kebanyakkan Gelatin yang digunakan dalam pasaran produk kini diperbuat
dari gelatin Porcine (babi). Sumber dari babi sahlah HARAM walaupun
disembelih dengan sempurna. Ini yang menimbulkan keraguan kepada kita
yang kebanyakkannya umat Islam. hal ini yang kita nak ketengahkan,
macam mana nak dapatkan HALAL GelAtiN?
Allah dengan jelas telah mengharamkan babi di dalam ayat-ayat berikut :
Katakanlah (wahai Muhammad):
Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang
diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai
atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor
atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas
nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana
darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka
sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-An'am:145)
Peratusan gelatin yang dihasilkan di negara Eropah:
v- 80% gelatin yang dikeluarkan di Eropah adalah dari
kulit babi
v- 15% daripada kulit haiwan bovin seperti kerbau dan lembu
v- 5% dari tulang-tulang haiwan bovin dan khinzir/babi, poultry dan marine
Sebagai umat Islam semestinya kita inginkan makanan atau produk perubatan yang menggunakan gelatin yang HALAL.
Ayat-ayat yang menyuruh kita memilih produk yang halal:
“Hai sekalian manusia, makanlah
yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu
mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagimu.” (al-Baqarah:168)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan